APA??? HARGA MINYAK RON95 NAIK LAGI?

27 Sep

Panas dengan kontroversi bini Mat Yo, sampaikan ada yang melupakan pasal isu kenaikan harga minyak. Jangan senang hati dengan kenaikan 20 sen baru-baru ini, khabarnya ada pengumuman baru berkenaan kenaikan harga minyak bakal diumumkan tidak lama lagi. Beberapa sumber berita sudah menyiarkan isu berkenaan dan ianya mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Info berkenaan juga menyatakan kenaikan harga itu melibatkan minyak jenis RON95.

images

Memetik laporan Sinar Harian Online, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran. Jelas beliau lagi, penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Selain itu, baru-baru ini Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: