KOMEN ROZITA CHE WAN ISU BAJU DALAM MERAH DIJUAL DIINTERNET – ‘ITU KERJA ORANG GILA’

23 Sep

5lkFIH2

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan cerita baju dalam merah yang didakwa milik pelakon jelita, Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta dijual menerusi laman internet. Baju dalam berkenaan kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama.

Dengan isu berkenaan is sudah tentu sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut. Namun Che Ta tetap tenang dan tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Dia hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.

Ikuti penjelasan Rozita Che Wan berkenaan isu bra merah berkenaan dibawah.

bra-rozita-che-wan

“Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

“Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

 

“Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.

“Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.

“Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.” Jelas Che Ta dipetik Kosmo Online.

p/s: Macam-macam hal kalau bab Che Ta gak… hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: