FOUZIAH GOUS TERPAKSA MELANGGAR PANTANG LARANG ALAM PERTUNANGAN..

16 Sep

fouziah gous-seksi

Pelakon Fouziah Gous, mengakui terpaksa melangar pantang larang untuk tidak bertemu tunangannya,

Md Zhafran Md Yusof kerana mahu membuat persiapan perkahwinan mereka yang

bakal berlangsung pada 21 September ini.

Tambah Fouziah, kedua-dua mereka perlu membuat persiapan majlis tersebut sendiri

tanpa menyusahkan pihak keluarga.Kalau ikutkan memang keluarga kami tidak

benarkan kami kerap bertemu selepas bertunang lagi, tapi banyak perkara

yang perlu diselesaikan untuk persiapan majlis nanti.

Bercakap kepada mStar Online, Fouziah berkata, sekarang keluarga saya sedang

sibuk dengan urusan kerja, mereka minta saya melangsungkan perkahwinan pada

hujung tahun supaya mereka boleh bantu, tapi keluarga Zaf pula mahu majlis dijalankan awal,

jadi mahu atau tidak saya terpaksa buat semuanya sendiri.Bagaimanapun,

mereka akan cuba untuk tidak bertemu seminggu sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan akan melangsungkan pernikahan

pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.

Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah pihak perempuan pada

29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.

Manakala majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada

5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: