“Hubungan Kami Bukan Lagi Rahsia” – Apexs

4 Oct

“Hubungan Kami Bukan Lagi Rahsia” – Apexs

“Hubungan kami bukan lagi rahsia.” Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

“Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,” katanya kepada Sinar Harian.

“Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

“Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,” katanya.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

khairul fahmi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: