Bapa Dirang tak terlibat Pembunuhan ..rupanya beliau PATI.

21 Mar

dirang
Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu, didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

“Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan

Pendakwa Raya (TPP) dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini.

Beliau sekali lagi menegaskan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan Dirang kini telahpun berada dalam tahanan polis dan tindakan pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.

Katanya polis kini masih menunggu beberapa laporan daripada Jabatan Kimia untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada TPP untuk tindakan lanjut.

Katanya tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungan 30-an termasuk seorang wanita, yang kesemuanya penagih dadah juga akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.

Nurul Nadhirah ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: