Batu Disangka Emas, Bakal Didenda Pula.

12 Jan

Sudahlah Batu Disangka Emas, Bakal Didenda Pula Korek Jalan

Gambar: ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam. -kosmo


Johor Bahru: “Sah bukan emas,” kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi mengenai ketulan batu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang didakwa penduduk mengandungi emas sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan sejak lima hari lalu.

Shahar yang ditemui ketika melawat lokasi itu semalam berkata, pihaknya sudah mengambil sampel ketulan batu berkenaan dan melaksanakan kajian terhadap hablur yang sebelum ini didakwa emas.

“Hasil kajian mendapati ketulan batu itu tidak mengandungi emas, sebaliknya ia hanyalah sejenis batuan granit mengandungi mineral pirit atau besi sulfid.

“Orang ramai jangan mudah tertipu kerana untuk rekod, pirit juga dikenali sebagai ‘fool’s gold’. Ia memang seakan-akan warna emas, namun langsung tidak ada nilai,” katanya.

Shahar yang hadir bersama Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) jabatan berkenaan, Abdullah Sani H Hashim berkata, beliau difahamkan longgokan batu di kawasan itu diambil dari sebuah kuari di Kulaijaya.

Menurutnya, agak malang kerana penduduk di situ dan kawasan sekitarnya terpedaya dan tersalah sangka.

“Kami sudah memaklumkan keputusan kajian kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor untuk tindakan selanjutnya dan berharap orang ramai menghentikan tindakan mengorek batuan di kawasan itu.

“Ingin saya tegaskan, individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, sesiapa yang berbuat demikian boleh didenda RM10,000 dan penjara selama setahun.

Harian Metro sebelum ini melaporkan laluan baru ditar di Jalan Mewah menjadi tumpuan ramai sejak lima hari lalu disebabkan percaya ketulan batu bersalut hablur emas. –

Penduduk kampung temui ’emas’ di JB

JOHOR BAHRU: Ratusan orang bakal bergelar ‘orang kaya’ sekiranya puluhan ketulan batu yang dikumpul keluarga masing-masing di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Sabtu lalu kerana dikatakan bersalut hablur emas, disahkan emas tulen.

Sejauh ini, wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk berkata mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas itu, yang datang ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu Ahad lalu.

Hasilnya, wakil tersebut mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum boleh dipastikan ketulan batu itu diselaputi emas tulen.

Seorang penduduk, Encik Idham Mohd Diah, 36 tahun, berkata wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut menempah batu-baru tersebut daripada penduduk.

‘Ada penduduk mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas pada harga hingga RM15,000 ($6,173).

‘Saya dan bapa saya menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,’ katanya.

Seorang suri rumah dari Stulang, Cik Munawarah Rashid, 29 tahun, berkata beliau dan suaminya mengumpul 40 batu bersalut hablur, dipercayai emas, sejak 10 pagi hingga 3 petang Ahad lalu.

‘Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu itu.

‘Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu-batu ini menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam. Jika benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,’ ujar beliau.

Cik Munawarah berkata beliau tahu tentang wakil kedai emas yang berkata batu itu sah emas dan beliau berharap ia benar.

Seorang lagi penduduk, Encik Mohd Diah Abdullah, 63 tahun, berkata suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu-batu tersebut.

Menurut beliau, orang pertama yang menemui batu itu ialah keluarga besannya, pada Sabtu lalu.
www.lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: