100 PASANGAN MALAYSIA NIKAH DI SIAM SEBULAN.

20 Sep

lelakiperkasa.com
Antara komen yang dibaca di facebook,

Komen 1,

“Saya melihat ini adalah disebabkan KEJAHILAN & KELEMAHAN kaum lelaki. Seorang lelaki yang benar-benar protektif dan bertanggungjawab, dia tidak akan memilih SIAM. Sebabnya hak isteri akan hilang apabila sijil nikah dikeluarkan oleh pihak SIAM. Jika berlaku apa-apa kes, wanita yang akan menanggung 2 kali ganda risiko. Seandainya lelaki mengabaikan nafkah, si wanita tidak boleh membawa kes ke mahkamah kerana sijil perkahwinan mereka tidak diiktiraf. “Lelaki lepas, wanita merana.” Disebabkan faktor itu, ada sebahagian lelaki yang MEMANG sengaja mahu menikah di SIAM sebab mudah untuk melepaskan diri jika ada masalah dalam perkahwinan. Jika kes ini bertambah, bermakna RAMAI LELAKI yang tidak bertanggungjawab. WANITA akan terus menjadi mangsa rumahtangga.”

Komen 2,

” Senang dan mudah hanya untuk seketika tetapi kesan untuk jangka panjang yang patut di fikirkan orang kaum wanita. Perkahwinan perlu di daftarkan semula di Malaysia dan ada kes yang mengambil masa bertahun untuk daftar semula sebab beberapa dokumen tidak lengkap. Ada juga yang terkena juru nikah palsu. Yang ruginya nanti, kaum wanita sebab bila perkahwinan tidak dapat di daftarkan, jika berlaku sesuatu di masa hadapan, susah mahkamah syariah nak tolong. Fikir-fikirkan bersama yer.

Saya menyokong usaha anak muda untuk berkahwin awal bagi elak berlaku zina, tetapi tidak bermakna saya menyokong kahwin di siam.

Antara kesannya nanti (pada pandangan saya) :

1- Sijil nikah perlu disahkan semula

2- Kelayakan jurunikah n wali hakim di siam akan dipertikai

3- Keluarga kedua-dua belah pihak akan malu

4- Pandangan masyarakat kepada pasangan ini akan ada yg positif , ada yg negatif

Yang penting, di Malaysia, bila sebut nak kahwin, akan terfikir : mas kahwin, kenduri, kematangan, duit belanja, prosedur sana-sini, bla bla….

Kita patut renungi dalam surah an-Nur, ayat 32 :

(Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.) ”
www.lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: