WASPADA: Ada Ular Sawa Dalam Kolam Renang.

9 Sep

http://lelakiperkasa.com
Seremban: Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, Selasa.

Gambar: Beberapa pengunjung Kelab Sungai Ujong yang sedang mandi di kolam itu melihat ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter yang turut berendam bersama mereka di dalam kolam itu.

Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter.

“Seorang perenang wanita kemudian melihat ada satu benda hitam di bawah tangga besi di dalam kolam. Dia kemudian menyelam untuk melihat lebih dekat… selepas melihat ular.
http://lelakiperkasa.com
Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter itu.

“Perempuan itu kemudian naik ke permukaan dan menjerit memberi amaran kepada pengunjung lain,” katanya kepada Bernama.

Ketika kejadian itu, Chong sedang duduk bersantai di tepi kolam itu.

Pihak pengurusan kelab kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah van beserta empat anggota dihantar untuk menangkap ular itu.

Jurucakap Bomba ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kemungkinan ular sawa terbabit datang dari kawasan belukar berhampiran dengan kelab itu.
http://lelakiperkasa.com
Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban mengeluarkan ular sawa.

Cuaca yang agak panas menyebabkan ular itu memasuki kolam untuk menyejukkan dirinya..
www.lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: