WASPADA: Barang Kemas Boleh Sebar Kuman Pada Makanan.

22 Aug

Skudai: Peniaga Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini diingatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti cincin, jam dan gelang tangan ketika mengendalikan makanan di premis masing-masing, kerana perhiasan diri itu boleh membawa jangkitan menerusi kuman yang melekat padanya.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkata, selain itu mereka juga tidak dibenar memakai selipar ketika berniaga selain wajib mendapatkan pelalian tifoid bagi mengelak mereka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit.

Katanya, dalam usaha memastikan semua syarat dipatuhi, penguat kuasa pejabat itu kini melancarkan pemeriksaan dan kempen secara mengejut di kawasan bazar Ramadan sekitar bandar raya ini.

“Menerusi pemeriksaan juga, semua peniaga diberi ingatan supaya mematuhi peraturan kebersihan kerana masih ada yang tidak mengambil berat termasuk gagal menutup makanan hingga mudah dicemari habuk atau lalat.

“Peniaga seharusnya faham maklumat disampaikan supaya mutu makanan terjamin bagi mengelak sebarang jangkitan kuman,” katanya ketika operasi kesihatan sambil mengedarkan risalah panduan pengendalian makanan ketika Ramadan di bazar dekat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, kelmarin.

Jurucakap itu berkata, hasil pemantauan, masih ramai peniaga dikesan tidak mematuhi peraturan dan penjagaan mutu makanan yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual seterusnya menyebabkan pembeli menjadi mangsa.

“Kesedaran peniaga bazar terhadap aspek kebersihan ketika mengendali makanan penting untuk menghindari kejadian keracunan yang sering meningkat setiap kali Ramadan,” katanya yang turut disertai 12 orang petugas dalam operasi itu.
www.lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: