:: Ujian Hidup::

21 Apr

Dalam hidup ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai seorang hamba yang taat kepada Tuhannya ujian yang diterima hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Ini kerana setiap orang akan diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup mereka.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah s.w.t.. Dan barangsiapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

Bersungut Kerana Kesusahan Hidup

Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Bersedih Kerana Perkara-Perkara Dunia

Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Merendahkan Diri Kepada Orang Kaya

Pada zaman sekarang orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya. Kalau golongan miskin pulak akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang ni. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tetapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.
info lagi klik sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: