10 Petua Elok Jika Diamal kan!.

21 Jan

1) Bernanah jari disebabkan jarum, duri, dan tulang ikan

– Ambil 3 ulas bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

2) Resdung

– Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

3) Kunyit mengurangkan rabun mata

– Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

4) Perut masuk angin

– Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

5) Perut Memulas

– Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

6) Telinga bernanah

– Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh. Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

7) Rambut – Ubat Kaki Pecah

– Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa. Waktu mahu tidur malam, bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

8) Jerawat

a. Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih. Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka. Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering. Amalkan sedemikian setiap hari.

9) Rambut beruban

– Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

10) Melebatkan tumbuh rambut

-Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari.

banyak lagi petua kat sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: