SATU CERITA..

30 Nov

Sunting
SATU CERITA..

Pada satu musim perayaan, Saya bergegas ke shopping kompleks untuk membeli barang-barang keperluan pada saat-saat akhir.

Bila melihat keadaan yang penuh sesak dengan orang ramai di situ saya mula bersunggut di dalam hati “nampaknya saya akan tersekat disini selama-lamanya sedangkan saya masih ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat”.

Walaubagaimana pun saya meneruskan langkah ke bahagian permainan kanan-kanan, dan mula membebel mengenai harga barang-barang permainan yang sangat mahal!.

Ketika meninjau-ninjau bahagian tersebut saya ternampakkan seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 5 tahun, asyik memeluk satu patung kecil kedadanya. Dia asyik membelek dan membelai patung tersebut dengan pandangan sayu. Saya terfikir-fikir untuk siapakah patung itu hendak diberikannya. Kemudian budak tersebut menoleh kepada seorang wanita tua disebelahnya “Nek, betul ke nenek pasti saya tidak ada cukup duit?'”

Wanita itu menjawab “kamu kan sudah tahu yang kamu memang tidak ada cukup duit untuk beli patung ni sayang!”. Kemudian nenaknya meminta budak lelaki tadi menunggunya di situ sementara dia pergi mendapatkan barang yang lain.

Akhirnya saya berjalan ke arah budak lelaki itu dan bertanya kepada siapa patung itu hendak diberikannya.

“Adik perempuan saya sangat sukakan patung ni, dia selalu berdoa agar ada seseorang yang akan menghadiahkanya patung ni dihari raya nanti dan dia yakin tuhan akan makbulkan doanya”.

Saya katakan kepada budak lelaki itu supaya jangan bimbang kerana tuhan pasti akan makbulkan doa mereka dan pasti ada seseorang yang akan menghadiahkan patung itu kepada adik perempuannya nanti.

Tetapi bidak lelaki itu segera menjawab dengan suara yang sangat sedih “Tidak, ada siapa yang dapat berikan ini kepada dia ditempat dia berada sekarang. Saya mesti berikan patung ni kepada ibu, jadi ibu dapat bawa bersama dan berikan kepada adik bila ibu pergi kesana nanti”.

Matanya tergenang dengan air mata ketika mengucapkan kata-kata ini “adik saya dah pergi tinggal dengan tuhan. Ayah kata tidak lama lagi ibu juga akan pergi tinggal dengan tuhan, jadi saya ingat ibu boleh bawa patung ni untuk adik.”

Degupan jantung saya hamper terhenti mendengarkannya.

Budak lelaki tadi mendonggak kepada saya dan berkaya “Saya dah pesan pada ayah tadi supaya bagitau ibu jangan pergi lagi. Saya minta ayah tunggu sehingga saya balik dari kedai ni”……..
http://lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: