Jais…Jais…Jais…

13 Jul

Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira
wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi.
Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis
yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,

“Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti…”

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti.
Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian
suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku,
tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya
lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa
kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas
laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

“Seman Seman… sen pun kau dapat… mambang pun kau dapat malam ni…
memang malam kau la ni…”

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah
kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan
minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan
bonggol tidak diendahkan Seman.

“Hehe… orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia
lagi ghairah…”

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan
rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat
sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan
seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti
model jamu yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan
tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu
kalimantang yang malap dipasangnya.

“Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap…”

“Ala bang Seman, tak payah mandi la… meh la duduk sebelah Ani ni. Boring
la sorang-sorang…”

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas
sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan
badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan
menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan
dirinya diexplore oleh Seman.

“Tok! Tok! Tok!”

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

“Jais… Jais…”

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke
kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya
menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus
terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

“T…t…takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c…cakap ni rumah Ani. Dok
sorang kat s…sini. Abang Seman cuba g…gayut kat sini…”

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an
sedang berdiri sambil bertanya,

“Ni rumah encik Jais ke?”

Ani tergamam.

“Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong…”

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila
dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

tips memikat wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: