Ronaldo tarik 80,000 banjiri Bernabeu

8 Jul

Cristiano Ronaldo berkata dia sudah berjaya memenuhi impiannya sejak kecil untuk menyarung jersi Real Madrid ketika dia diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain kelab Sepanyol itu di hadapan 80,000 penonton di Santiago Bernabeu semalam.

“Saya gembira untuk berada di sini. Ia mimpi menjadi realiti. Saya tidak pernah menjangkakan stadium akan dipenuhi begitu ramai penonton. Ia menakjubkan,” katanya.

Jurucakap kelab berkenaan berkata acara itu berjaya mengatasi rekod kehadiran paling ramai seramai 75,000 penonton yang dicipta Diego Maradona pada Julai 1984 apabila pemain berkenaan ke Napoli daripada Barcelona.

Real berjaya mendapatkan Ronaldo dari Manchester United bulan lalu dengan kontrak enam tahun bernilai RM456.7 juta yang menjadikannya pemain termahal dunia.

Ronaldo yang juga Pemain Terbaik FIFA 2008 berkata dia bangga untuk menjadi pemain termahal dunia dan akan melakukan apa sahaja untuk membantu Real menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya mahu membuktikan mereka membayar harga yang tepat terhadap saya. Kami memiliki skuad yang mantap, jurulatih yang bagus dan akan terus melangkah ke depan. Kami memiliki peluang cerah untuk menjuarai trofi Eropah selepas ini,” katanya.

Ronaldo diberi jersi nombor sembilan yang sebelum ini digunakan penyerang Argentina, Javier Saviola yang menyertai Benfica bulan lalu.

Walaupun Ronaldo ingin terus menggunakan jersi nombor tujuh ketika tempoh enam tahun di Old Trafford, nombor itu sudah digunakan ketua pasukan Real, Raul.

“Nombor tidak menjanjikan apa-apa. Saya yang akan beraksi,” katanya.

Kehadiran Ronaldo ke Real akan menyaksikan dia bergandingan dengan Pemain Terbaik Dunia 2007 yang tiba di Bernabeu pada 30 Jun lalu di depan 55,000 penonton.

Selain Ronaldo dan Kaka, Real turut membeli penyerang Lyon, Karim Benzema dan pemain pertahanan dari Valencia, Raul Albiol.

http://www.lelakiperkasa.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: