MENARIK!!! Lelaki Teruna Boleh Dikesan?

30 Sep

Lelaki-Teruna-Boleh-Dikesan

Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan

sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.

Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.

Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!

Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.

Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;

-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.

-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.

-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.

-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.

-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.

-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.

-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.

-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.

-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.

Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.

Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.

Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.

Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.

Fakta Menarik Mengenai Pelawak Lucu Mr.Bean.

30 Sep

Fakta-Menarik-Mengenai-Pelawak-Lucu-Mr.Bean_

Mr.Bean merupaakn seorang pelawak yang lucu dah seorang yang bodoh dengan lawak gila seks-nya.

Beliau juga merupakan seorang yahudi yang kini popular dimerata dunia akibat dari gaya lawak bersirinya.
Fakta Menarik Mengenai Pelawak Lucu Mr.Bean

1. Mr.Bean dikenal dengan sebutan nama aslinya Rowan Sebastian Atkinson.

2. Rowan Atkinson lahir di Consett, County Durham pada 6 januari 1955 dari keluarga Eric Atkinson, seorang petani dan direktur perusahaan. Dan istrinya bernama Ella may.

3. Menurut The Observer, ia adalah salah satu dari 50 orang pelawak terlucu di Eropah.

4. Nama asalnya adalah Mr. White, tetapi ia tidak mahu mengunakan nama seolah warna. Ia berusaha mengatinya dengan memakai nama sayuran, Mr. Cauliflower, namun berakhir pada pilihan Mr. Bean atau bermaksud kacang.

5. Rowan Atkinson mencipta watak Mr. Bean pada awal tahun 1980-an semasa dia masih kuliah di Oxford University.

6. Semasa di sekolah, Rowan Atkinson sekelas dengan mantan perdana menteri Tony Blair.

7. Diaa kemudian meraih gelaran M.Sc. dari Queens College, Oxford.

8. Rowan Atkinson terkenal disebabkan Filem seri televisi Blackadder dan Mr.Bean.

9. Mr Bean Tv Series tayang perdana pada 1990 – 1995 Sebanyak 18 Episode.

10. Mr Bean Tv Series ini telah menang 2 Penghargaan (1995 CableACE Comedy Special, 1990 Golden Rose Awards). dan 3 nominasi (BAFTA TV Award 1992, 1994, 1991).

11. Dalam Rutin hariannya, Mr.Bean bersiar-siar dengan sebuah Mini Cooper (pada episode awal – yang berwarna jingga keluaran tahun 1969, tetapi lama kelamaan dia menggantikan kereta tersebut dengan keluaran 1977 dengan warna hijau warna jeruk nipis dan kap mesin berwarna hitam.

12. Rowan Atkinson adalah orang yang piawai dan pakar memandu kereta jenis itu.

13. Mr. Bean selalu berpakaian yang sama, mungkin tiada gaya hidup, hanya dengan gaya tetapnya seperti Jas cokelat dan dasi. Pakaiannya berbeza dan hanya sesuai pada waktu dia ber-olahraga dan pergi ke pantai.

14. Mr. Bean sempat bertemu dengan beberapa orang terkenal seperti Ratu Inggris. Steve McQueen dan Hannibal Lecter.

15. Salah satu aksi Mr. Bean, yang sangat disukai oleh penggemarnya, adalah ketika kepalanya terjepit di dalam seekor patung raksasa ketika dia cuba mengeluarkan kepalanya.

16. Mr. Bean mempunyai kekasih yang bernama Irma Gobb yang juga mempunyai boneka Teddy Bear, yang selalu dibawanya kemanapun MR.BEAN pergi.

17. Sepanjang karirnya, Rowan telah memenangi penghargaan seperti Variety Club Award for BBC Personality of the Year (1980) dan BAFTA Best Light Entertainment Performance (1989).

18. Rowan dianugerahi gelar kehormataan ‘Sir’ oleh kerajaan inggris.

19. Lebih dari 30 JUTA penggemarnya di facebook. Mr. Bean

AKHIRNYA ISTERI MAT YO, SITI AISYA MOHON MAAF – ‘JANGAN HUKUM SUAMI’

27 Sep

Akhirnya selepas beberapa hari dihentam dek kerana videonya bersikap biadap dan kurang ajar dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha iaitu Siti Aisya telah tampil dengan kenyataan mohon maaf diatas apa yang berlaku.

Siti Aisya Adam, 24, turut menjelaskan bukan dia yang menyebarkan video berkenaan dan tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

mt yo

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku. Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” kata Siti Aisya dipetik BH Online.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu. Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit. Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

APA??? HARGA MINYAK RON95 NAIK LAGI?

27 Sep

Panas dengan kontroversi bini Mat Yo, sampaikan ada yang melupakan pasal isu kenaikan harga minyak. Jangan senang hati dengan kenaikan 20 sen baru-baru ini, khabarnya ada pengumuman baru berkenaan kenaikan harga minyak bakal diumumkan tidak lama lagi. Beberapa sumber berita sudah menyiarkan isu berkenaan dan ianya mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Info berkenaan juga menyatakan kenaikan harga itu melibatkan minyak jenis RON95.

images

Memetik laporan Sinar Harian Online, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran. Jelas beliau lagi, penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Selain itu, baru-baru ini Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM) mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

KOMEN ROZITA CHE WAN ISU BAJU DALAM MERAH DIJUAL DIINTERNET – ‘ITU KERJA ORANG GILA’

23 Sep

5lkFIH2

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan cerita baju dalam merah yang didakwa milik pelakon jelita, Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta dijual menerusi laman internet. Baju dalam berkenaan kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama.

Dengan isu berkenaan is sudah tentu sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut. Namun Che Ta tetap tenang dan tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Dia hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.

Ikuti penjelasan Rozita Che Wan berkenaan isu bra merah berkenaan dibawah.

bra-rozita-che-wan

“Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.

“Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

 

“Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.

“Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.

“Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.” Jelas Che Ta dipetik Kosmo Online.

p/s: Macam-macam hal kalau bab Che Ta gak… hehe

Pelajar Tingkatan 6 Terbaring Lesu Selepas Bersalin Dalam Asrama.

16 Sep

Pelajar Tingkatan 6 Terbaring Lesu Selepas Bersalin Dalam Asrama |
SETIU – Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar
apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata,
kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam
8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik,
penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia
18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah,
sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa,
tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum
dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba
di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira
jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat
dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil
keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

“Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini,
kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran
dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas
polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai
hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.-sinar harian

FOUZIAH GOUS TERPAKSA MELANGGAR PANTANG LARANG ALAM PERTUNANGAN..

16 Sep

fouziah gous-seksi

Pelakon Fouziah Gous, mengakui terpaksa melangar pantang larang untuk tidak bertemu tunangannya,

Md Zhafran Md Yusof kerana mahu membuat persiapan perkahwinan mereka yang

bakal berlangsung pada 21 September ini.

Tambah Fouziah, kedua-dua mereka perlu membuat persiapan majlis tersebut sendiri

tanpa menyusahkan pihak keluarga.Kalau ikutkan memang keluarga kami tidak

benarkan kami kerap bertemu selepas bertunang lagi, tapi banyak perkara

yang perlu diselesaikan untuk persiapan majlis nanti.

Bercakap kepada mStar Online, Fouziah berkata, sekarang keluarga saya sedang

sibuk dengan urusan kerja, mereka minta saya melangsungkan perkahwinan pada

hujung tahun supaya mereka boleh bantu, tapi keluarga Zaf pula mahu majlis dijalankan awal,

jadi mahu atau tidak saya terpaksa buat semuanya sendiri.Bagaimanapun,

mereka akan cuba untuk tidak bertemu seminggu sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan akan melangsungkan pernikahan

pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.

Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah pihak perempuan pada

29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.

Manakala majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada

5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.